Dimana ? Di sisi Tuhan...
Firman Allah maksudnya : '' Dan tempat yang sungguh bahagia , di sisi Tuhan Yang Maha Menguasai segala -galanya , lagi Maha Berkuasa melakukan sehendak -hendakNya . '' ( Surah al -Qamar 54 : 55 )
Di sini menunjukkan bahawa , tempat yang sungguh bahagia adalah terletak di sisi Allah , ianya kembali kepada kebahagian Ilahi yang kekal abadi . Dan iaNya mempunyai kebahagiaan yang mengikut kehendaknya sendiri . Tiada yang boleh menolak , bahkan harus menerimanya dengan hati yang merendah diri ( istiqamah ) kerana kebahagianNya di dunia ini tidak setanding dengan kebahagian di akhirat .
Bagaimana ? Dengan mengutamakan akhirat...
Firman Allah , maksudNya : '' Mereka itulah orng -orang yang memberi ( mengutamakan ) kehidupan dunia ( dan kesenangannya ) dengan ( meninggalkan ) perintah -perintah Allah yang membawa kebahagian dalam kehidupan akhirat : maka tidak akan diringankan azab seksa mereka ( pada hari kiamat ) dan mereka pula tidak akan diberi pertolongan . '' ( surah al -Baqarah )
Allah memberikan peringatan kepada hambanya supaya tidak selalu memikirkan hal yang berkaitan duniawi melebihi hal ukhrawi . Ini kerana sifat manusia apabila telah lebihnya hal duniawi di dalam hatinya maka segala perintah yang wajib dilakukan akan di tinggalkannya sehingga melanggar perintah yang wajib dilakukan olehnya ( lalai ) . Oleh itu , Allah telah menjanjikan kepada hambanya yang melanggar perintahnya seksaan yang pedih di akhirat nanti . Nau'zubillah...
Dengan sabar dan takwa .
Firman Allah yang bermaksud : '' Oleh itu , sabarlah sesungguhnya kesudahan yang baik ( yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat ) adalah bagi orang - orang yang bertakwa . '' ( Surah Hud : 49 )
Allah menyuruh hambanya untuk bersabar bagi mengecapi kebahagiaan di dunia , ini juga harus diikuti dengan sifat hamba yang bertakwa ini kerana ketakwaan manusia itu akan membawanya hingga ke akhirat sana . Insyaallah...
Untuk siapa ? Yang beriman dan beramal soleh...
Firman Allah , maksudnya : '' Orang yang beriman dan beramal soleh , beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik -baiknya .'' ( Surah al -Ra'ad 13: 29 )
Jadi , perkara yang paling penting bagi mencapai kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat , kita haruslah melakukan perkara kebaikkan yang menjuruskan amal soleh dan selalu meninggalkan perkara yang buruk . disamping itu , harus mencari keiimanan yang mantap dan akidah yang kukuh untuk memperoleh kebaikkan .
Yang beroleh hidayah..
Firman Allah , maksudnya : '' Sesiapa yang diberi hidayat Allah kepadanya maka sebenar - benarnya ia memperolehi kebahagian '' . ( Surah al -Isra' 17 : 97 )
Sesungguhnya susah sekali untuk seseorang hamba untuk memperolehi hidayah , jadi bagi memperolehnya kita hendaklah berusah dengan meminta daripada Allah setiap masa supaya Allah memberikan hidayah yang baik kepada kita untuk mendapat kebahagian dengan keredhaanNya . InsyaAllah..:0
Hidup Baru, Azam Baru
3 tahun yang lalu
1 komen:
Catat Ulasan