skip to main | skip to sidebar

AmiN zAki

بسم الله الرحمن الرحيم

Pages

  • Laman utama

Unic - Hanya Tuhan Yang Tahu

18 Disember 2010

Hadiah Dari Ayah .

Sehari sebelum saya berangkat ke kota , ayah memanggil saya ke pejabatnya . Saya agak hairan ketika itu , apatah lagi apabila ayah menyuruh saya masuk ke pejabatnya . Kami jarang sekali dibenarkan masuk ke pejabatnya , terutama sekali ketika ayah sedang sibuk menyiapkan bahan penulisan yang bakal dicetakkan di dalam kolumnya di sebuah akhbar tempatan .

'' Ambil bungkusan ini dan buka hanya apabila kamu rasa benar-benar rasa buntu untuk menyelesaikan masalah kamu '' ,


 Kata ayah sambil menyerahkan sebuah bungkusan yang sederhana besar . Dan esoknya ayah hantar saya hingga ke stesen bas dengan senyuman penuh makna .

Suatu hari , setelah hampir 3 bulan saya berada di kota , saya ditimpa satu masalah yang benar-benar membuat saya buntu dan hampir putus asa untuk menghadapinya . Saya kira , inilah masanya untuk saya membuka bungkusan yang telah di berikan oleh ayah ketika di pejabat dulu . Ternyata di dalam bungkusan itu terkandung sehalai sejadah lama , sehelai kain pelikat  baru dan kompas penunjuk arah kibat serta sekeping nota yang berbunyi ;

'' Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora , tiada namanya bumi jika ianya tidak ditimpa hujan dan tidak namanya kehidupan jika tiada masalah . Sebagaimana warna menyempurnakan lukisan , masalah pula adalah penyempurnaan kehidupan  . Tuhan masih mengambil berat dengan kamu , kerana itu dianugerahkan olehNYA masalah . Buat kamu menajamkan lagi akalmu .Tenang dan rapatkan kedua tangan menadah do'a mohon petunjuk kepada Allah s.w.t kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha mengetahui '' .

Saya terpana , ternyata ia adalah hadiah daripada atok kepada ayah dan sekarang ayah pula mewariskannya kepada saya . Dan sejak dari hari itu , saya selalu mengucapkan syukur setiap kali saya dilanda masalah kerana saya tahu bahawa Tuahan masih mengambil berat akan saya .

* Sesungguhnya manusia yang lahir sejak azali lagi telah dijanjikan oleh Allah , setelah seseorang hamba itu hidup didunia ini akan diberikan pelbagai ujian bagi menjalani kehidupan itu . Kadangkala ujian dan masalah yang lahir di dalam diri seseorang manusia itu adalah sebagai tanda bahawa ALLAH s.w.t sedang menguji kita . Masalah yang timbul selalu membuatkan kita menangis , sedih , kecewa dan pelbagai lagi perasaan yang lahir dalam diri ini . Hanya dengan mengucapkan kalimah yang mulia lagi indah yang telah diciptakan oleh sang pencipta iaitu '' Alhamdullilah ''. Semoga perjalanan dalam menyeberangi kehidupan ini diredhoi olehNYA .'' insyaAllah .
Dicatat oleh Muhammadun Amin E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

0 komen:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Laman utama

Ahlan wasahlan


About Me

Foto saya
Muhammadun Amin
Muhammadun Amin . 15 tahun . SMA Al-Ittihadiah ~ 2010 ~ Pahang Darul Makmur . Mencari satu realiti kearah perkembangan agama Islam . Peramah mengikut keaadaan .
Lihat profil lengkap saya

Jam Menunjukkan

Mencari Kebahagian Abadi

!-- Begin of mycalendar.org script -->
Islamic Calendar

Followers

Muhammadun Amin. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Saya

  • - i'm yOuRs -
    Kandungan dan Manfaat Sirsak
    9 tahun yang lalu
  • ...Ini Blog Nana (iidyll)...
    22112015..... Lamanya Tak Update...
    9 tahun yang lalu
  • DaKwaH hIDupKu
    Pos Brooke Gua Musang
    9 tahun yang lalu
  • © MIRAHASHIME ♥
    No Title
    9 tahun yang lalu
  • Mutiara Dakwah..
    Doa Macam mana?
    9 tahun yang lalu
  • K.S.J | Blogspot
    Grill Chicken Rose
    11 tahun yang lalu
  • NahdahMuslim
    Cara Tips mempercantik diri dengan buah-buahan
    11 tahun yang lalu
  • KA
    EID MUBARAK 2012 BUAT SEMUA.....
    12 tahun yang lalu
  • بسم الله الرحمن الرحيم
    Ketika Allah Memilihmu Untukku..
    14 tahun yang lalu
  • ~NiNa DiArIeS~

pingu

 
Copyright (c) 2010 AmiN zAki. Designed for Video Games
Download Christmas photos, Public Liability Insurance, Premium Themes